TAMAN NEGARA, PAHANG
Taman Negara merupakan salah satu destinasi pelancongan hijau yang terkenal di rantau Asia Tenggara. Dengan keluasan lebih 4,343 kilometer persegi, Taman Negara ini tiga terletak di tiga negeri utama iaitu Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Taman Negara merupakan taman negara pertama dan terbesar yang diwartakan di negara ini. Taman Negara telah diisytiharkan sebagai Taman Warisan ASEAN pada tahun 1984.
Berdasarkan kajian, Taman Negara dipercayai telah terbentuk kira-kira 130 juta tahun dahulu dan dan terkenal dengan biodiversiti yang luar biasa kerana terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang eksotik dan jarang ditemui. Sebagai contoh, bunga orkid liar dan kancil. Terdapat 3 sungai utama yang mengalir dari Taman Negara iaitu Sungai Lebir, Sungai Terengganu and Sungai Tembeling.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara. Antaranya ialah pengunjung berpeluang untuk melawat perkampungan orang asli di Kampung Tersek Baru, tebing Sungai Tembeling. Terdapat dua suku orang asli di sana iaitu suku Batek dan suku Semokberi. Pengunjung boleh pergi ke perkampungan tersebut dengan menaiki bot dari Jeti Kuala Tebing yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit. Di sana, pengunjung akan mendapat peluang keemasan untuk mempelajari kemahiran menggunakan sumpit untuk berburu dan cara menghasilkan api daripada bara secara tradisional. Sumpit adalah senjata memburu yang diperbuat daripada buluh yang panjangnya 2 meter dan diisi dengan damak iaitu peluru yang diperbuat daripada lidi yang telah dicalitkan dengan racun di hujungnya. Racun itu mampu mampu membunuh haiwan dalam masa 10 minit sahaja.
Di samping itu, pengunjung juga berpeluang untuk melalui jambatan gantung yang panjangnya lebih 500 meter dan tinggi 40 meter dari tanah. Kesannya, pengunjung boleh menikmati keindahan flora dan fauna, termasuk mencerap dan mendengar kicauan burung-burung eksotik.


Bagus bagus 👏👏👏
BalasPadamsaya tak pernah kunjung tetapi nampak menarik dan berbaloi untuk dikunjungi
BalasPadam