TITI GANTUNG LEMBAH DANUM, SABAH

 


Lembah Danum terletak jauh di dalam hutan hujan tropika dara di Sabah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Lembah Danum seperti mendaki, bermain tubing air. Aktiviti tidak akan lengkap tanpa merentas hutan di atas titi gantung sepanjang 100 meter di atas pokok dan menaiki pacuan 4 roda untuk ke destinasi bagi habitat ratusan ha


Lebih menarik di pertengahan laluan, pengunjung terpaksa mendaki pokok balak yang dikatakan berusia lebih 100 tahun yang dilengkapi tangga besi setinggi lima meter, sebelum meneruskan perjalanan di titi gantung itu.  Pengunjung tidak perlu bimbang ketika melangkah di atas titi itu kerana ia menepati ciri keselamatan ditetapkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.



Bagi pencinta alam dan hidupan liar, Lembah Danum merupakan kawasan tadahan luas dan juga menjadi syurga khazanah hidupan liar seperti Orang Utan, harimau dahan, badak sumbu Sumatra, gajah, rusa, enggang dan lebih dari 300 spesies burung.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular