LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN HIJAU
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.
Langkah perdana bagi memajukan lagi sektor pelancongan hijau di negara kita ialah pihak kerajaan boleh melakukan pemuliharaan alam sekitar bagi melindungi kawasan semula jadi seperti hutan, pantai, taman negara daripada diancam kemusnahan. Seterusnya, peranan masyarakat juga penting dalam menerapkan sikap mengamalkan pengurusan sisa buangan secara efektif. Menguruskan sisa buangan dengan cara yang lebih mesra alam seperti kompos dan insinerasi yang terkawal. Selain itu, pihak kerajaan di dalam negara kita juga boleh melakukan inisiatif untuk meningkatkan prasarana awam supaya dapat menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan di Malaysia. Di samping itu, tempat penginapan hijau di negara kita juga perlu dipromosikan dengan sebaik mungkin bagi menjadikan tempat penginapan yang mengamalkan prinsip mesra alam, seperti penggunaan tenaga solar, sistem pengurusan air yang cekap, dan penggunaan bahan-bahan yang mesra alam menjadi pilihan utama setiap pelancong yang berkunjung di negara kita. Tambahan pula, pendidikan dan kesedaran juga perlu dipertingkatkan dalam diri setiap pelancong mengenai pelancongan hijau dengan menyediakan maklumat dan kemudahan yang membantu serta menggalakkan pelancong untuk membuat pilihan yang mesra alam.
Dengan mengambil langkah-langkah ini, kita dapat memastikan bahawa pelancongan hijau bukan sahaja mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar tetapi juga meningkatkan pengalaman pelancongan yang lebih berkesan dan berterusan. Oleh itu, setiap rakyat perlulah mengambil berat dalam memelihara keindahan alam sekitar dan memastikan kelestarian industri pelancongan, bak kata peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


Ulasan
Catat Ulasan