CABARAN-CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Terdapat beberapa cabaran atau rintangan industri pelancongan pada masa ini seperti :

  • Pencemaran bunyi kerana tempat pelancongan menggunakan banyak pengangkutan darat, udara dan air.
  • Kehidupan flora dan fauna terjejas kerana habitatnya yang diubahsuai atau dimusnahkan untuk kesesuaian pelancong.  
  • Kekurangan kawasan untuk dijadikan tempat pelancongan hijau kerana pembangunan bangunan yang tidak terancang.
  • Kurang inisiatif dari pihak berkuasa untuk menaikkan lagi kawasan pelancongan hijau.
  • Generasi muda semakin hilang minat tentang pelancongan hijau.
  • Kurang peruntukan dari pihak berkuasa yang telah menimbulkan kesukaran dalam penanggungan kos bagi memajukan sektor pelancongan hijau.
  • Gaya pemikiran rakyat yang mengambil enteng terhadap alam sekitar kerana masih belum mendapat kesedaran.
  • Kurang promosi dan pemasaran yang menggalakan dan menarik orang ramai akan pelancongan hijau.
  • Gaya hidup rakyat tidak mesra alam yang menyukarkan bagi mengekalkan kesejahteraan alam sekitar.

Ulasan

Catatan Popular