MENGENAI KELAS 4 GENIUS
Blog ini bertujuan untuk Program Jerayawara Bahasa Malayu yang diadakan di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur. Blog ini dikendalikan oleh murid-murid 4 Genius tahun 2024. Kami berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Terbang serindit hinggap di dahan,
Terlihat ikan tenang berenang;
Pelancongan hijau menjadi pilihan,
Membina aura jiwa nan tenang.
Selamat datang dan selamat melayari kepada semua pengunjung Blog Laman Pelancongan Hijau ini.
Blog ini dihasilkan oleh murid-murid 4 Genius SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur. Kelas kami diberi tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan menghasilkan sebuah blog pelancongan yang bertajuk 'Pelancongan Hijau'. Blog ini dihasilkan bertujuan untuk menjayakan salah satu tugasan dalam Program Jerayawara yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu di sekolah kami untuk tahun 2024. Program Jerayawara ini melibatkan semua murid Tingkatan 3 dan 4.Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa para murid serta mencungkil bakat murid-murid dalam pelbagai bidang,antaranya termasuklah bidang digital dan multimedia. Blog ini juga diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid dari kelas 4 Genius dan dibimbing oleh guru Bahasa Melayu kami tersayang iaitu, Puan Jamilah binti Ismail.
Kelas 4 Genius terdiri daripada 20 orang murid yang berkebolehan dalam bidang digital dan multimedia. Hal ini dikatakan demikian kerana kelas ini juga terlibat dalam program BYODS (Bring Your Own Device to School) bagi sekolah kami. Hal ini memudahkan para pelajar untuk menyiapkan tugasan ini di sekolah memandangkan setiap murid mempunyai device masing-masing. Walaupun begitu, ini adalah blog pertama yang dihasilkan oleh kami. Oleh itu, sekiranya anda telah melayari blog ini, moleklah kiranya anda menghantar maklum balas supaya segala kekurangan dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.
Blog ini akan menjelaskan tentang pelancongan hijau dengan lebih mendalam dan berkongsi maklumat tentang pelancongan hijau serta destinasi-destinasi menarik yang ada di Malaysia untuk anda semua melakukan pelancongan hijau. Malah, melalui blog Pelancongan hijau ini akan membuka mata masyarakat akan kepentingan mengekalkan kelestarian alam. Hakikatnya, aktiviti pelancongan telah banyak memberi impak negatif terhadap sumber alam semula jadi, namun melalui Pelancongan Hijau kelestarian alam sekitar tetap dipelihara dan dipertahankan.
Setiap kali kawasan pelancongan baharu dibangunkan, sudah pasti terdapat struktur asal sesuatu kawasan yang mengalami perubahan akibat kemudahan infrastruktur yang dibangunkan. Perkara ini telah memberi impak yang negatif terhadap sumber semula jadi serta biodiversiti negara kita. Sebagai rakyat yang prihatin, kita semua bertanggungjawab untuk menjaga dan mengekalkan sumber alam semula jadi yang terdapat di Malaysia. Pelancongan hijau merupakan salah satu cara paling mudah dan efektif bag menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Sesungguhnya, keindahan alam ini adalah salah satu bukti kekuasaan-Nya. Keindahan alam ini wajib kita syukuri dan menjaganya dengan baik. Kami berharap bahawa blog ini dapat meningkatkan kesedaran semua pihak tentang pelancongan hijau serta dapat menggerakkan usaha ke arah memelihara dan memulihara alam sekitar agar ekosistem bumi Malaysia kekal terpelihara dan terjaga dengan baik. Marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran yang lestari dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Akhir kata, SELAMAT MELAYARI BLOG PELANCONGAN HIJAU INI !
- 4 GENIUS 2024
sheeeshhh good job korangg
BalasPadamyou guys are the best🥰
BalasPadamw class
BalasPadam