TAMAN NEGARA GUNUNG MULU, SARAWAK

 Taman Negara Gunung Mulu merupakan destinasi semula jadi yang terletak di negeri Sarawak, Malaysia. Taman Negara Mulu telah dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000, mengukuhkan keunikan dan kepentingannya.

Taman Negara Gunung Mulu bukan sahaja taman negara terbesar yang meliputi kawasan seluas 544 kilometer persegi, tetapi juga dilalui oleh sungai yang mengalir deras dan aliran hutan yang jernih. Ia menyajikan keindahan hutan hujan tropika yang memikat, gua batu kapur yang mempesonakan, dan gunung batu yang menjulang tinggi.


Mulu didominasikan oleh tiga gunung utama iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. Terdapat juga sistem gua batu kapur terbesar di dunia yang tersembunyi di bawah cerun hutan gunung-gunung ini seperti Gua Rusa, Sarawak Chamber dan Clearwater Cave. Tambahan pula, pelbagai aktiviti pelancongan yang menarik di Taman Negara Gunung Mulu seperti mendaki Gunung tertinggi sekali di dalam taman itu iaitu Gunung Mulu, meneroka gua-gua dan memerhati pelbagai jenis burung seperti burung enggang, burung kakak tua dan burung merak. Dengan biodiversiti yang kaya dan gua-gua yang terkenal di seluruh dunia, Mulu menawarkan pengembara pengalaman gua dan hutan hujan yang mencabar dan mungkin tidak dapat dipadankan dengan tempat lain di muka bumi ini.




Ulasan

Catatan Popular