PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

 Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Pulau ini dinamakan Pulau Perhentian kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal China ke Asia Tenggara dan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai) untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.



Ketika cuti sekolah yang lalu, saya telah memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian saya kerana saya tertarik akan keindahan laut bak kristalnya itu. Antara aktiviti yang saya lakukan di sana adalah mandi laut dan snorkeling, iaitu kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenaka peralatan berupa topeng selam dan snorkel. Di sana, saya dapat melihat pelbagai spesies haiwan marin seperti ikan tropika dan terumbu karang yang berwarna-warni. Selain itu, sebagai seorang Muslim, saya mengunjungi Masjid Terapung untuk solat. Akhir sekali, saya dapat melihat fenomena matahari terbit dan terbenam yang unik di sana kerana ketika itu langit seolah-olah menjadi sebuahlukisan yang sempurna dengan kombinasi warna biru muda, oren, merah dan ungu.


Akhir kata, percutian ini sungguh menakjubkan. Saya berasa sangat gembira kerana telah memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian saya. Saya berharap bahawa saya dapat pergi ke sana lagi.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular