KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY, PAHANG



Kuala Gandah Elephant Sanctuary yang terletak di Temerloh, Pahang merupakan Pusat Pemuliharaan Gajah yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Jabatan perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Kuala Gandah ini merupakan satu satunya tempat yang menyediakan pusat perlindungan dan konservasi gajah di Malaysia iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Pelancong gemar berkunjung ke Kuala Gandah dan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan kerana dengan melawat pusat konservasi ini, pelancong memenuhi harapan mereka untuk bertemu dengan gajah-gajah dari seluruh Asia Tenggara.

Pelbagai aktiviti bersama gajah dilakukan di Kuala Gandah. Antaranya, pengunjung boleh mengambil gambar bersama dengan gajah sambil mendengar pegawai PERHILITAN memberikan penjelasan. Selain itu,mereka juga dapat memandikan gajah-gajah di sungai tetapi aktiviti ini bergantung kepada paras air sungai dan juga cuaca ketika itu. Mereka turut dapat melihat gajah-gajah muda melakukan aktiviti harian mereka sambil memberi makan kepada gajah-gajah tersebut. Walau Bagaimanapun, pelancong yang datang berkunjung tidak dibenarkan untuk menunggang gajah demi keselamatan mereka.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular