KILIM GEOFOREST PARK, TIMUR LAUT PULAU LANGKAWI

Kilim terletak di tepi Sungai Kilim, di timur laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Dari Pekan Kuah , Kilim terletak di sebelah kanah Jalan Air Hangat.

Kilim merupakan ekosistem bakau terunggul di rantau ini,unik kerana membiak pada kawasan batu kapur. Pelancong pasti menjadi kagum dengan keunikan yang berada di Kilim.


Antara lokasi pelancongan hijau yang ada di Kilim ialah Taman Georimba Kars Kilim.Taman ini menonjolkan landskap Kars kepulauan yang sangat indah. Taman Georimba Kars Kilim ini dibina oleh bukit-bukau dan pulau pulau Kars. Bukit-bukau dan pulau-pulau ini kelihatan seolah-olah terapung di atas bakau yang menghijau dengan helang berterbangan di  sekitarnya. Di dalam Batu Kapur Kilim terdapat banyak gua dan terusan bawah tanah ,gua laut, takik laut, wang dan tasik air tawar seperti Tasik Langgun yang menyediakan tapak untuk penjelajahan dan  pengembaraan yang menarik. Anda tidak perlu pergi jauh untuk menjejaki fosil pada batu kapur dalam taman georimba ini. Fosil-fosil Kilim merupakan buku sejarah yang mengisahkan bahawa batu kapur Formasi Setul di sini telah terbentuk pada pelantar laut cetek kuno antara zaman Ordovisi hingga Devon ( 490-370 tahun ).

Ulasan

Catatan Popular