GUNUNG LEDANG, JOHOR

 Gunung Ledang merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Gunung ini berhampiran dengan titik pertemuan sempadan dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Berketinggian 1, 276 meter.

Gunung ini merupakan gunung tertinggi di Johor serta kedua tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia selepas Gunung Besar Hantu di Negeri Sembilan (1,462 meter). Jika berada di atas gunung ini pada waktu fajar, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini.

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini.  Salah satunya adalah bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunung Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.

Ulasan

  1. What an interesting place. Thank you to the blog, I'd love to visit Johor one day.😁🫶

    BalasPadam
  2. boleh jumpa Puteri Gunung Ledang tak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular