GUA NIAH, SARAWAK
Gua Niah terletak di Sarawak, Malaysia dan merupakan destinasi pelancongan hijau yang menarik kerana gua ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian sejarah arkeologi.
Gua ini merupakan tapak penemuan fosil manusia prasejarah di Asia Tenggara yang berusia sekitar 40,000 tahun. Hal ini menjadikan gua ini sebagai salah satu kawasan penting untuk kajian sejarah manusia
Menurut pegawai negeri Sarawak, pengiktirafan Gua Niah sebagai tapak warisan dunia UNESCO dijangka akan meningkatkan kedatangan pelancong le Sarawak dengan ketara. Oleh itu, terdapat pelbagai aktiviti pelancongan yang disediakan. Antaranya ialah pelawat boleh menyertai aktiviti trekking melalui hutan hujan tropika dalam perjalanan ke gua. Selain itu, terdapat juga lawatan berpandu yang menawarkan maklumat terperinci mengenai sejarah arkeologi dan kepentingan ekologi Gua Niah. Tidak lupa juga, keindahan gua dan persekitarannya memberikan peluang yang hebat untuk berswafoto dengan membelakangkan alam semula jadi.
Tuntasnya, jelaslah bahawa dengan hanya bayaran RM10, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti dan keindahan alam semula jadi.


Ulasan
Catat Ulasan