CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
Destinasi yang menarik pelancong di Cameron Highland ialah Ladang Teh “BOH” atau “CAMERON HIGHLANDS TEA FARM”
Pelancong tertarik untuk datang ke Cameron Highlands melalui media sosial dan melalui perkongsian pengalaman ahli keluarga atau rakan-rakan.
Aktiviti yang sering menarik perhatian pelancong ialah melawat kandang kambing, membeli belah di Kea Farm dan ladang teh bagi menikmati permandangan yang sungguh indah.
Kesannya, ekonomi negara dapat dijana apabila ramai pelancong bercuti di Cameron Highland.
Cameron Highlands amat terkenal dengan pemandangan yang indah nian jauh dari kesibukan kota serta beriklim sejuk kerana berada di kawasan tanah tinggi.
Cameron Highlands menyajikan panorama yang menakjubkan dengan kehijauan ladang teh yg seperti sebuah lukisan, kebun teh yang terbentang umpama permaidani yang beralun sudah lama sebati dengan pesona Cameron Highlands.
Suhu nyaman, terutama pada waktu pagi atau selepas hujan menjadikan suasana di tanah tinggi ini kadang-kadang kelihatan berkabus.


Now I know that we can farm tea in Malaysia😊. I curios, can we farm Strawberries at Cameron Highlands tho? 🤔
BalasPadambestnyee
BalasPadam